CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 17, 2007

Abstract Lintah

Kebanyakan lintah untuk perubatan boleh didapati di air tawar kerana lintah tidak mampu hidup pada pH 5.0 dan ke bawah iaitu tidak boleh hidup dengan keadaan tanah berasid. Lintah boleh hidup dalam keadaan kekurangan oksigen dan makanan. Kebanyakan lintah sukakan tanah yang berlumpur dan biasanya apabila musim kemarau, lintah – lintah ini akan bersembunyi di dalam lumpur untuk jangka masa yang lama. Lintah di Malaysia biasanya melepaskan telur di luar badan berbanding dengan lintah – lintah jenis lain. Lintah – lintah ini biasanya suka tempat yang lembap dan berada berdekatan dengan tebing-tebing sungai, tasik mahupun sawah padi. Tempat yang sesuai untuk telur lintah biasanya pada akar pokok kiambang, keladi bunting, kayu, batu dan lain - lain.

Lintah juga peka dengan sebarang pergerakan di dalam air dan kebiasaannya akan melekat pada mangsa dalam 40 – 120 minit dan akan jatuh apabila sudah kenyang. Sekiranya terkena gigitan lintah dan susah untuk menanggalkannya sebelum lintah kenyang, perkara yang harus ditekankan ialah pada bahagian mulut hadapan lintah tersebut. Letakkan jari pada bahagian hadapan mulut lintah tersebut dan dengan lembut tolak bahagian mulut hadapan lintah daripada tempat lintah tersebut melekat. Lintah jenis ini meninggalkan bentuk Y berbeza dengan setengah lintah yang akan meninggalkan bentuk V pada bahagian luka. Lintah ini mempunyai banyak persamaan dengan Hirudinea Medicinalis yang terdapat di luar negara kerana kedua – dua spesies ini mempunyai hubungan yang rapat.


To Be contiNued.

0 comments: