CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 25, 2008

Lintah Pada masa Kini


LINTAH kini mengikut jejak lebah dan gamat yang mempunyai nilai komersial untuk dijadikan pelbagai produk berkaitan kesihatan dan bahan dalam kosmetik.Lintah kini diternak secara komersial selepas menyedari potensi besar lintah, terutama dalam industri kosmetik di luar negara.Permintaan tinggi terhadap lintah di Amerika Syarikat dan Eropah menyebabkan perlu ada kaedah penghasilan lintah yang sistematik.Sebelum ini, bekalan diperoleh dengan cara mencari lintah liar, tetapi cara itu tidak lagi sesuai kerana tidak konsisten, selain habitat lintah semakin berkurangan berikutan amalan penggunaan racun di sawah.Dua kaedah boleh digunakan, pembiakan secara semula jadi dalam kolam tanah dan bekas akuarium, tetapi paling berkesan adalah kolam tanah.Keluasan kolam adalah kira-kira 111 meter persegi, manakala kedalaman 0.6 meter. Lintah juga boleh diternak dalam bekas plastik, tetapi tidak menyamai habitat semula jadi dan dibimbangi boleh menjejaskan kualiti haiwan itu.Tempoh matang sebelum diambil dari kolam adalah antara empat hingga enam bulan. Sepanjang tempoh itu, lintah diberi makan dua kali seminggu.Dengan pendapatan lumayan, iaitu kira-kira RM60,000 dalam tempoh enam bulan bagi 10 kolam saiz 6 X 18.18 meter, kini ada kira-kira 500 vendor di seluruh negara.Pensyarah Institut Akuakultur Tropika, Universiti Malaysia Terengganu, Dr Zaleha Kassim, berkata penggunaan lintah dalam perubatan bukan perkara baru kerana antara 1830-1850, haiwan ini digunakan dengan meluas.Antara kelebihan lintah ialah mempunyai hirudin, iaitu bahan antipembeku yang kini dimajukan sebagai bahan anti pembekuan sistemik.“Kajian Profesor K Diakonov pada 1809 mendapati darah manusia yang dihisap dan berada dalam perut lintah tidak membeku, manakala keadaan sel darah merah adalah baik. Penyelidikan Highcraft pada 1884 mendapati ekstrak lintah menghalang darah dalam tabung uji membeku dan ini memulakan penemuan hirudin,” katanya.Katanya, lintah kini banyak digunakan dalam pembedahan plastik, manakala mengikut laporan, antara kegunaan lintah termasuk merawat mata dan telinga tengah yang bengkak.

0 comments: