Antara laman blog yang boleh anda cuba ialah Blogger (http://blogspot.com), WordPress (http://wordpress.com), MSN spaces (http://spaces.msn.com) dan LiveJournal (http://livejournal.com).
Laman blog ini biasanya mengkehendaki anda mendaftar sebelum boleh membangunkan laman. Kebanyakan laman blog mempunyai acuan atau reka letak yang sudah tersedia untuk dipilih.
Sementara IM atau Instant Messenger adalah khidmat yang disediakan oleh pembekal email seperti Yahoo! Mail, Google Mail dan Hotmail.
Jika sudah mempunyai alamat e-mel dengan pembekal tersebut, anda hanya perlu pindah turun perisian aplikasi untuk memulakan perbualan.
Sebagai contoh, andaikan anda sudah mempunyai alamat e-mel dengan yahoo.com. Anda hanya perlu masuk ke http://im.yahoo.com dan pindah turun
aplikasi Yahoo Messenger. Dwiklik dan ikuti langkah yang dibentangkan.
Selesai pemasangan, anda boleh log masuk menggunakan alamat e-mel Yahoo! yang ada.
Tuesday, September 25, 2007
Hasilkan Laman Web Sendiri.
at 8:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment