Sumber alam ialah bekalan keperluan dan nikmat manusia ( Haji Ellias 1998 ). Selaras dengan itu, manusia bertanggungjawab terhadap alam tersebut sebagai pemegang amanah pengurusan dan pentadbiran serta penjana kepada penambahbaikan kemandirian alam ( Haji Ellias 1998 ). Sumber alam akuatik adalah penting dalam kehidupan dan sistem ekonomi manusia. Secara global, manusia mengambil lebih banyak ikan sebagai sumber protein berbanding haiwan – haiwan lain. FAO ( 1998 ) menganggarkan antara 15 hingga 20 peratus protein haiwan dating daripada haiwan akuatik. Ikan juga merupakan sumber ekonomi utama untuk jutaan orang di serantau dunia. Pada tahun 1996, dianggarkan 30 juta pekerja memperoleh pendapatan mereka daipada industri perikanan dan lebih daripada 95 peratus berasal dari negara-negara membangun ( FAO 1998 ). Memandangkan industri perikanan sudah mencapai tahap kemuncaknya, akuakultur dijangka memainkan peranan yang semakin penting dalam menampung kekurangan industri tangkapan ikan (FAO 1998). Misalnya pada tahun 1990,1995 dan 1996, pengeluaran akuakultur marin dan air tawar telah meningkat dari 13.1, 24.3 ke 26.4 juta ton metric ( FAO 1998 ) dan industri ini telah menjadi semakin penting dalam perdagangan antarabangsa terutama sekali pengeluaran produk berorientasikan eksport seperti udang harimau. Ikan dan biosumber – biosumber lain dari ekosistem pentai dan laut ialah sumber makanan untuk masyarakat tempatan mahupun negara.
Selain menjadi punca protein yang murah dan senang diperolehi, hasil tangkapan dari pantai dan ekosistem laut yang berdekatan merupakan sumber mata pencarian bagi masyarakat nelayan sama ada nelayan berskala kecil mahupun komersil. Sumber perikanan amat penting kerana ia boleh diimpak secara negatif oleh aktiviti-aktiviti yang dijalankan dikawasan daratan. Keadaan ini adalah kerana :
o Ekosistem pantai ialah urutan terakhir ekosistem sungai, iaitu titik penghujung satu kesinambungan sistem sungai yang menerima kesan dan impak segala jenis aktiviti di hulu sungai sama ada dari segi ekologi mahupun aktiviti manusia.
o Ekosistem ini ialah ekoton yang terdiri daripada interaksi dua ekosistem utama, ekosistem daratan yang berasaskan pengaliran air tawar dan ekosistem laut yang dimodifikasikan oleh fenomena pasang – surut. Penyatuan kedua – dua jenis ekosistem ini menghasilkan pelbagai jenis habitat dan nic untuk pelbagai spesies mikrob, flora dan fauna.
o Habitat air payau, muara dan pantai pada amnya adalah padat didiami manusia dan digunakan untuk pelbagai kegiatan seperti perumahan, perindustrian, pertanian dan pelabuhan.
o Pada masa kini sudah terdapat satu trend yang jelas dan kuat untuk mengubahsuai dan menebus guna kawasan pantai untuk kegunaan pelbagai aktiviti manusia. Kegiatan-kegiatan ini sudah pasti akan memberikan gejala yang negative terhadap sumber perikanan pantai dan juga laut dalam yang berdekatan.
Justeru itu, perikanan memainkan peranan yang besar dalam membantu negara ini membangun selain memberikan keuntungan kepada negara-negara lain yang turut terlibat dalam aktiviti perikanan.
Monday, September 17, 2007
KEPENTINGAN PERIKANAN
at 8:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment